Rolex
Cosmograph Daytona Oyster, 40 mm, emas putih m116519ln-0038
RM143,800
Hubungi kami +60 4 261 5287
Rolex
Cosmograph Daytona
Oyster, 40 mm, emas putih
m116519ln-0038
RM143,800
HUBUNGI KAMI
RUJUKAN
116519LN
BUTIRAN
Paparan Chromalight yang tinggi dan sangat mudah dibaca dengan luminesens biru tahan lama
PENUTUP MODEL
Oyster, 40 mm, emas putih
SENI BINA OYSTER
Penutup tengah Monoblok, penutup belakang diskrukan ke bawah dan belitan putaran jam
BEZEL
Bezel monoblok Cerachrom hitam dalam seramik dengan dibentu skala tachymetri
KALIS AIR
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
MEKANISME
Perpetual, kronograf mekanikal, automatik
RANTAI
Oysterflex
MATERIAL GELANG
Pembentukan acuan fleksibel bilah logam dengan elastomer berprestasi tinggi
RIZAB KUASA
Lebih kurang 72 jam
DIAL
Meteorit dan hitam
PERSIJILAN
Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
DIAMETER
40 mm
BAHAN
EMAS PUTIH 18 KARAT
BELITAN PUTARAN JAM
Diskrukan ke bawah, sistem kalis air triplock triple
KRISTAL
Nilam tahan calar
KETEPATAN
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
PENGAYUN
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru
BELITAN
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
KANCING
Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
KALIBER
4130, Buatan Rolex
PELARIAN
N/A
TATAHAN PERMATA
N/A


METEORIT DAN DAIL HITAM
Meteorit datangnya daripada pusat asteroid atau mungkin juga dari planet yang telah meletup, menyebabkan bahan-bahan daripadanya tersebar di seluruh sistem solar, sehinggalah ia masuk ke orbit planet kita dan akhirnya ditarik masuk ke bumi oleh graviti. Semasa perjalanannya, pusat meteor itu berubah secara beransur-ansur dan menghasilkan corak metalik yang sangat luarbiasa disebabkan oleh penyejukan teras asteroid yang sangat perlahan. Pereka-pereka di Rolex mengambil konfigurasi ini dalam penciptaan khazanah yang unik untuk beberapa model yang berprestij, termasuk model Cosmograph Daytona ini.
SKALA TACHYMETRI
Bahagian utama identiti model adalah bezel yang dibentu dengan skala tachymetri untuk mengukur kelajuan purata sehingga 400 batu atau kilometer sejam. Menggabungkan teknologi tinggi dengan estetika anggun, bezel hitam mengingatkan pada model 1965 yang dipasangkan dengan sisipan Plexiglas bezel hitam. Bezel Cerachrom monoblok dalam seramik berteknologi tinggi menawarkan beberapa kelebihan: ia tahan kakisan, tahan karat dan warnanya tidak terjejas oleh sinaran UV. Bezel yang sangat tahan lama ini turut menawarkan skala tachymetri yang sangat mudah dibaca hasil pemendapan lapisan nipis platinum dalam angka-angka dan senggatan melalui proses PVD (Proses Pemendapan Wap). Bezel Cerachrom monoblok diperbuat dalam satu kepingan tunggal dan memegang kristal dengan kuat di tempatnya pada penutup tengah untuk memastikan kekalisan air.


EMAS PUTIH 18 KARAT
Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Perhatian kepada kualiti yang sama juga akan diberikan sebelum emas dibentuk dan direka. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.

KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Woo Hing Brothers bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
https://www.youtube.com/embed/58jeg-YepoU?feature=oembed
CARA MENETAPKAN COSMOGRAPH DAYTONA ANDA
Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada modelnya, ia sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini dicirikan oleh estetika mereka yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Cosmograph Daytona direka untuk mereka yang ghairah terhadap pemanduan dan kepantasan. Ketahui lebih lanjut mengenai ciri-cirinya dan cara untuk menetapkan masa dan fungsi kronograf dengan menonton video.
https://www.youtube.com/embed/OSt7zJbTWG8?feature=oembed
Rolex Cosmograph Daytona
DILAHIRKAN UNTUK BERLUMBA
HUBUNGI KAMI
*Wajib