Rolex
Datejust 41 Oyster, 41 mm, Oystersteel M126300-0018
RM33,250
Hubungi kami +60 4 261 5287
Hubungi kami di WhatsApp
Hantar mesej kepada kami
Mencari peruncit
Rolex
Datejust 41
Oyster, 41 mm, Oystersteel
M126300-0018
RM33,250
HUBUNGI KAMI
RUJUKAN
126300
BUTIRAN
N/A
PENUTUP MODEL
Oyster, 41 mm, Oystersteel
SENI BINA OYSTER
Penutup tengah Monoblok, penutup belakang diskrukan ke bawah dan belitan putaran jam
BEZEL
Licin
KALIS AIR
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
MEKANISME
Perpetual, mekanikal, automatik
RANTAI
Jubilee, penghubung lima keping
MATERIAL GELANG
OYSTERSTEEL
RIZAB KUASA
Lebih kurang 70 jam
DIAL
Biru langit
PERSIJILAN
Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
DIAMETER
41 mm
BAHAN
OYSTERSTEEL
BELITAN PUTARAN JAM
Diskrukan ke bawah, sistem kalis air Twinlock berganda
KRISTAL
Nilam tahan calar, kanta siklops sepanjang tarikh
KETEPATAN
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
PENGAYUN
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
BELITAN
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
KANCING
Oysterclasp lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
KALIBER
3235, Buatan Rolex
PELARIAN
N/A
TATAHAN PERMATA
N/A


Dail biru langit
Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan dail dalam koleksi Oyster Perpetual. Ia diperoleh dengan menggunakan kemahiran teknik memberus yang menghasilkan jejalur yang berlari keluar dari tengah dail. Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan cahaya halus berkarakter yang bergerak bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna dail diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada dail.
OYSTERSTEEL
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan kakisan maksimum adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauannya walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.


RANTAI JUBILEE
Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan kancing Rolex, serta ujian ketat yang dilaluinya melibatkan teknologi yang maju. Dan, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika dari mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna. Jubilee, rantai logam yang mempunyai sambungan lima keping yang lembut dan selesa ini direka khas untuk pelancaran Oyster Perpetual Datejust pada tahun 1945.

KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Woo Hing Brothers bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
https://www.youtube.com/embed/UfnKFBbidLU?feature=oembed
CARA MENETAPKAN DATEJUST 41 ANDA
Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada modelnya, ia sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini dicirikan oleh estetika mereka yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Datejust 41 ialah definisi keanggunan klasik. Ketahui lebih lanjut mengenai jam tangan ini dan cara untuk menetapkan masa dan tarikh dengan menonton video.
https://www.youtube.com/embed/zo7JAex7Mow?feature=oembed
Rolex Datejust
Buat tarikh sehari
HUBUNGI KAMI
*Wajib