Logo - Woo Hing Brothers
Q

Ikuti Kami Di Sosial

© 2024 Saudara Woo Hing
Hakcipta terpelihara

Rolex Datejust 31 31 mm, emas Kuning, Dark Grey Dial M278278-0032

RM145,300

p

* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

Rolex M278278-0032 - Woo Hing Brothers

Rujukan

278278

Penutup model

Oyster, 31 mm, emas Kuning

Kalis Air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Bezel

Berjelajur

Dial

Kelabu tua dipasangkan dengan berlian

Rantai

President, penghubung keping tiga separuh bulat

Mekanise

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

2236, Buatan Rolex

Rizab Kuasa

Lebih kurang 55 jam

Persijilan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
Rolex M278278-0032 Kembali - Woo Hing Brothers

Dail kelabu gelap

Permukaan ini mempunyai angka VI besar bertatahkan 11 berlian. Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan dail dalam koleksi Oyster Perpetual. Ia diperoleh dengan menggunakan kemahiran teknik memberus yang menghasilkan jejalur yang berlari keluar dari tengah dail. Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan cahaya halus berkarakter yang bergerak bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna dail diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada dail.
Rolex Dail kelabu gelap - Woo Hing Brothers

Bezel berjejalur

Bezel berjelajur Rolex adalah satu tanda perbezaan. Pada mulanya, Oyster jelajur bezel mempunyai tujuan tertentu. Ia membantu bezel untuk mudah diskrukan pada penutup untuk memastikan jam tangan itu kalis air. Ianya kemudian dikenali sebagai jelajur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup untuk tujuan kalis air dengan menggunakan alat - alat spesifik Rolex. Dari masa ke masa, jelajur itu menjadi elemen estetika, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan bagi Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Datejust 31 ini.
Rolex Bezel berjejalur - Woo Hing Brothers

Emas kuning 18 karat

Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Perhatian kepada kualiti yang sama juga akan diberikan sebelum emas dibentuk dan direka. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.
Rolex Emas kuning 18 karat - Woo Hing Brothers
Mahkota Rolex - Woo Hing Brothers

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Woo Hing Brothers bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex M278278-0032 Disertakan dengan Kotak - Woo Hing Brothers

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Woo Hing Brothers
Rolex Datejust Sepanduk - Woo Hing Brothers
Rolex Datejust

Tarikh yang terpahat

Teruskan Meneroka