Logo - Woo Hing Brothers
Q

Ikuti Kami Di Sosial

© 2024 Saudara Woo Hing
Hakcipta terpelihara

Rolex Datejust 31 31 mm, emas Everose, berlian M278285RBR-0005

RM214,000

p

* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

Rolex M278285RBR-0005 - Woo Hing Brothers

Rujukan

278285RBR

Penutup model

Oyster, 31 mm, emas Everose dan berlian

Kalis Air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Bezel

Dipasangkan dengan berlian

Dial

Indung mutiara putih dipasangkan dengan berlian

Rantai

President, penghubung keping tiga separuh bulat

Mekanise

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

2236, Buatan Rolex

Rizab Kuasa

Lebih kurang 55 jam

Persijilan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
Rolex M278285RBR-0005 Kembali - Woo Hing Brothers

Dail indung mutiara

Permukaan ini mempunyai berlian dalam tetapan emas 18 karat. Sifat sebuah indung mutiara penuh dengan misteri dan kejutan Bergantung kepada asalnya, ia boleh menjadi merah jambu, putih, hitam atau kuning. Ia mempunyai perbezaan dari segi warna, intensiti dan struktur mengikut bahagian cangkerang dimana ia diekstrak. Di Rolex, indung mutiara tidak mempunyai warna tiruan. Sebaliknya, pengetahuan dan kemahiran yang tertentu akan ditujukan khusus untuk menonjolkan keindahan semulajadi dan memelihara warna asalnya. Semua dail indung Mutiara adalah unik, sebuah dail yang serupa tidak akan menghiasi di pergelangan tangan yang lain
Rolex Dail indung mutiara - Woo Hing Brothers

Bezel bertatahkan berlian

Pengeset permata dengan halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tetapan emas atau platinum. Selain daripada kualiti intrinsik batu-batu itu, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran tepat untuk ketinggian permata tersebut, orientasi dan posisi, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.
Rolex Bezel bertatahkan berlian - Woo Hing Brothers

18 ct emas everose

Untuk memelihari keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan secara eksklusif aloi 18 karat emas merah jambu yang dikilangkan sendiri. Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, 18 karat emas Everose digunakan di kesemua model Rolex Oyster jam tangan emas merah jambu Rolex.
Rolex 18 ct emas everose - Woo Hing Brothers
Mahkota Rolex - Woo Hing Brothers

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Woo Hing Brothers bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex M278285RBR-0005 Disertakan dengan Kotak - Woo Hing Brothers

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Woo Hing Brothers
Rolex Datejust Sepanduk - Woo Hing Brothers
Rolex Datejust

Tarikh yang terpahat

Teruskan Meneroka