Logo - Woo Hing Brothers
Q

Ikuti Kami Di Sosial

© 2024 Saudara Woo Hing
Hakcipta terpelihara

Rolex Lady-Datejust Oyster, 28 mm, emas Everose dan berlian M279135RBR-0021

RM242,100

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M279135RBR-0021 - Woo Hing Brothers

Rujukan

279135RBR

Penutup model

Oyster, 28 mm, emas Everose dan berlian

Kalis Air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Bezel

Dipasangkan dengan berlian

Dial

Berturap berlian

Rantai

President, penghubung keping tiga separuh bulat

Mekanise

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

2236, Buatan Rolex

Rizab Kuasa

Lebih kurang 55 jam

Persijilan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
Rolex M279135RBR-0021 Kembali - Woo Hing Brothers

Dial berturap berlian

Permukaan ini mempunyai angka VI besar bertatahkan 11 Berlian, nilam, delima, zamrud – batu terunggul dan paling berharga dipilih untuk menghiasi jam tangan Rolex. Jenama ini memiliki kepakaran dalaman dan peralatan yang membolehkan kerja memperindah mana-mana model dalam katalognya. Mula-mula, ahli gemologi yang berpengalaman memilih batu permata yang berkualiti tinggi. Untuk ini, mereka boleh bergantung pada pertimbangan mereka sendiri yang berpengalaman serta peralatan analisis yang terkini. Batu-batu itu kemudiannya diserahkan kepada penghias permata, yang meletakkan setiap batu berharga dengan teliti pada jam tangan secara manual, satu demi satu, bagi memastikan ketepatan dalam seperseratus milimeter. Toleransi yang ketat itu menjamin bahawa setiap batu bersinar dengan kecerahan optimum dan serasi dengan hiasan lain yang berhampiran. Ketelitian yang memakan masa ini, yang mungkin diulang ratusan kali, memastikan setiap jam tangan bertatahkan permata yang dihasilkan oleh Rolex bergemerlapan dengan keamatan yang luar biasa dan mencerminkan standard kecemerlangan yang diperlukan oleh jenama.
Rolex Dial berturap berlian - Woo Hing Brothers

Bezel bertatahkan berlian

Pengeset permata dengan halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tetapan emas atau platinum. Selain daripada kualiti intrinsik batu-batu itu, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran tepat untuk ketinggian permata tersebut, orientasi dan posisi, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.
Rolex Bezel bertatahkan berlian - Woo Hing Brothers

18 ct emas everose

Untuk memelihari keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan secara eksklusif aloi 18 karat emas merah jambu yang dikilangkan sendiri. Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, 18 karat emas Everose digunakan di kesemua model Rolex Oyster jam tangan emas merah jambu Rolex.
Rolex 18 ct emas everose - Woo Hing Brothers
Mahkota Rolex - Woo Hing Brothers

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Woo Hing Brothers bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex M279135RBR-0021 Disertakan dengan Kotak - Woo Hing Brothers

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Woo Hing Brothers
Rolex Lady-Datejust Sepanduk - Woo Hing Brothers
Rolex Lady-Datejust

Keanggunan elegan

Teruskan Meneroka