Permukaan ini mempunyai angka VI besar bertatahkan 11 Berlian, nilam, delima, zamrud – batu terunggul dan paling berharga dipilih untuk menghiasi jam tangan Rolex. Jenama ini memiliki kepakaran dalaman dan peralatan yang membolehkan kerja memperindah mana-mana model dalam katalognya. Mula-mula, ahli gemologi yang berpengalaman memilih batu permata yang berkualiti tinggi. Untuk ini, mereka boleh bergantung pada pertimbangan mereka sendiri yang berpengalaman serta peralatan analisis yang terkini. Batu-batu itu kemudiannya diserahkan kepada penghias permata, yang meletakkan setiap batu berharga dengan teliti pada jam tangan secara manual, satu demi satu, bagi memastikan ketepatan dalam seperseratus milimeter. Toleransi yang ketat itu menjamin bahawa setiap batu bersinar dengan kecerahan optimum dan serasi dengan hiasan lain yang berhampiran. Ketelitian yang memakan masa ini, yang mungkin diulang ratusan kali, memastikan setiap jam tangan bertatahkan permata yang dihasilkan oleh Rolex bergemerlapan dengan keamatan yang luar biasa dan mencerminkan standard kecemerlangan yang diperlukan oleh jenama.
Bezel boleh putar dwiarah
Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit Yacht-Master diperbuat sepenuhnya daripada logam berharga atau dipasang dengan sisipan Cerachrom dalam seramik berteknologi tinggi. Angka dan senggatan yang dinaikkan dan digilap jelas menonjol dengan latar belakang yang kusam dan berpasir. Bezel berfungsi ini yang membolehkan pemakai mengira, sebagai contoh, masa pelayaran antara dua boya - juga merupakan komponen penting dalam identiti visual khas model.
Rantai Oysterflex
Rantai Oysterflex baharu Yacht-Master, yang dibangunkan dan dipatenkan oleh Rolex, menawarkan alternatif sukan kepada gelang logam. Rantai ini melekat pada penutup jam tangan dan pengancing keselamatan Oysterlock menggunakan bilah titanium dan aloi nikel yang mudah lentur. Bilah ini disepadukan dengan elastomer hitam berprestasi tinggi yang sangat tahan terhadap kesan alam sekitar, sangat tahan lama dan bersifat lengai bagi pemakai jam tangan. Untuk meningkatkan keselesaan, bahagian dalam rantai Oysterflex dilengkapi dengan sistem kusyen membujur yang dipatenkan yang menstabilkan jam tangan pada pergelangan tangan dan dipasang dengan pengancing keselamatan Oysterlock Emas Everose 18 karat. Ia juga menampilkan sistem sambungan Rolex Glidelock, yang direka oleh jenama ini dan dipatenkan. Mekanisme bergigi inventif yang diintegrasikan di bawah pengancing ini membolehkan pelarasan halus panjang rantai sebanyak kira-kira 15 mm dengan peningkatan sekitar 2.5 mm tanpa menggunakan alatan.
Ketersediaan model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Woo Hing Brothers bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
On our website, we use services (including from third-party providers) that help us to improve our online presence. The following categories of cookies are used by us and can be managed in the cookie settings. We need your consent before being able to use these services. Alternatively, you may click to refuse to consent, or access more detailed information and change your preferences before consenting. Your preferences will apply to this website only. You can change your preferences at any time by returning to this site or visit our privacy policy.
By authorizing third-party services, you allow the placement and the reading of cookies and the use of tracking technologies required to keep our website reliable and secure.
Essential
Always active
Essential cookies are absolutely necessary for the website to function properly. These cookies ensure basic functionalities and security features of the website, anonymously.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.