Logo - Woo Hing Brothers
Q

Ikuti Kami Di Sosial

© 2024 Saudara Woo Hing
Hakcipta terpelihara
Acuan Logo Rolex - Woo Hing Brothers
Acuan Logo Rolex - Woo Hing Brothers

Pembuatan Jam Tangan Rolex

Di sebalik falsafah dan aktiviti Rolex, terkandung satu visi jangka panjang. Konsep kelestarian sentiasa menjadi asas pembangunan jenama ini: menawarkan jam tangan yang abadi dan tahan lama yang dibina untuk bertahan lama, sambil komited kepada generasi masa depan, melalui pelbagai perkongsian, inisiatif dan tindakan.

Pendekatan ini mencerminkan falsafah “Perpetual” (Abadi) yang telah memacu syarikat sejak ditubuhkan. Telah mengumpulkan ramai tenaga mahir serta menuntut kerja keras, hari demi hari, tahun demi tahun. Satu usaha yang mencabar dan teliti. Usaha tanpa henti Rolex untuk kecemerlangan.

Visi Asal Hans Wilsdorf

Sejak tahun 1905, Rolex telah mengekalkan visi asal pengasas, Hans Wilsdorf, yang melihat jam tangan sebagai objek masa depan yang melambangkan era moden. Hans Wilsdorf merevolusikan dunia pembuatan jam dengan mengatasi tiga cabaran utama: menghasilkan gerakan kecil namun tepat, membangunkan penutup yang teguh dan kalis air untuk melindungi gerakan daripada faktor luaran, dan akhir sekali, memasang jam tangan dengan sistem putaran automatik yang akan lebih memudahkan pemakai pada setiap hari.

Pencipta Rolex Hans Wilsdorf - Woo Hing Brothers

Nilai-nilai utama Pengeluar Rolex

Setiap jam tangan Rolex direka, dihasilkan dan diuji dengan sentiasa menitikberatkan segala perincian. Pendekatan ‘superlatif’ ini ditunjukkan melalui beberapa kualiti asas yang mencirikan setiap jam tangan Rolex: ketepatan, kekalisan air, autonomi, keteguhan, kesederhanaan, ketukangan, keselesaan dan ketahanan. Prinsip teknikal dan estetik utama ini sentiasa menjadi panduan Pengeluar Rolex. Mereka menjanjikan pengalaman jam tangan yang luar biasa kepada pemakai dengan ciri-ciri yang mempamerkan kepakaran yang unik.

Pemasangan Bahagian Rolex - Woo Hing Brothers

Pendekatan superlatif dalam pembuatan jam tangan

Pada permukaan jam tangan Rolex, terukir perkataan ‘Superlative’. Tanda ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan bengkel Pengeluar telah melepasi siri ujian yang amat ketat yang dijalankan oleh Rolex di makmal sendiri, mengikut kriteria khusus yang tersendiri. Ujian ini bukan sahaja dijalankan terhadap kaliber, malah pada jam tangan yang siap dipasang dengan penutup demi menjamin prestasi superlatif pada pergelangan tangan dari segi ketepatan kronometri, kekalisan air, putaran automatik dan rizab kuasa.

Perincian Rolex Oyster Perpetual - Woo Hing Brothers

Bukan sekadar pensijilan, ia melambangkan nilai

Kesimpulannya, semua komponen jam tangan Rolex boleh digambarkan sebagai ‘superlatif’. Malah, setiap komponen wajib menjalani pemeriksaan yang berterusan dan ketat, daripada reka bentuk kepada pemasangan akhir. Oleh itu, istilah ‘superlatif’ tidak sekadar merujuk kepada pensijilan kronometri. Perkataan ini mengungkapkan nilai yang meresapi setiap jabatan dalam syarikat dan mendorong setiap individu yang bekerja di Rolex, tanpa mengira jawatan mereka.

Rolex dengan Pensijilan Superlative Chronometer - Woo Hing Brothers

Mencipta inovasi

Prestasi unggul dicapai melalui usaha industri dan manusia yang berterusan berdasarkan penemuan dan perkara yang telah dipelajari di samping sentiasa menambah baik teknik, alatan dan ujian. Budaya inovasi sudah sebati dengan jenama ini. Hal ini terbukti dengan lebih 600 permohonan paten yang difailkan oleh Rolex sejak ditubuhkan.

Pembuatan Gelang Rolex - Woo Hing Brothers

Menyepadukan semua bidang kepakaran

Dengan menyepadukan semua bidang kepakaran pembuatan jam dalam gerak kerja Pengeluar secara berperingkat, Rolex dapat melaksanakan peraturan yang tersendiri dan meneruskan usaha untuk memburu kecemerlangan. Pilihan autonomi ini telah membentuk identiti jenama yang menyatukan tradisi ketukangan halus dengan teknologi canggih. Pilihan autonomi ini telah membentuk identiti jenama yang menyatukan tradisi ketukangan halus dengan teknologi canggih. Maka, lahirlah empat tapak pengeluaran yang terletak di Switzerland dengan seramai lebih daripada 9,000 pekerja.

Pembuatan Jam Tangan Rolex - Woo Hing Brothers
Pandangan Sisi Jam Tangan Rolex - Woo Hing Brothers

Teruskan Meneroka