Logo - Woo Hing Brothers
Q

Ikuti Kami Di Sosial

© 2024 Saudara Woo Hing
Hakcipta terpelihara
Rolex Logo On Wall - Woo Hing Brothers
Rolex Logo On Wall - Woo Hing Brothers

Sejarah Rolex dan Woo Hing Brothers

Selama empat generasi, Woo Hing Brothers sudah memimpin serta menguasai lapangan horologi dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa. Diperkaya dengan ulasan sejarah lantas menjadikan kami sebagai destinasi pilihan, terokai pengalaman membeli-belah Rolex bertaraf dunia di Pearl of the Orient.

Warisan yang dihormati zaman

Kisah kami terungkap pada tahun 1950, kala itu Woo Hing Brothers yang berpangkalan di Singapura bakal memperluaskan horizonnya di Pulau Pinang. Terpesona dengan industri import barangan mewah yang pesat di negeri ini, syarikat ini mengasaskan butik sulung lantas menjadikannya mercu tanda di Lebuh Campbell, yakni di nadi Tapak Warisan Dunia UNESCO yang menawan. Di sinilah perusahaan ini mula berakar umbi lalu teguh berdiri sebagai salah satu peruncit jam tangan Rolex terkemuka di seluruh Tanah Melayu, menjadikan Woo Hing Brothers Peruncit Rasmi Rolex pertama dan satu-satunya di pulau ini.

Kedai Pertama - Woo Hing Brothers

Bab baru

Woo Hing Brothers mengharungi ujian waktu dan terus berkembang menjadikan jenamanya yang sukses hari ini. Sejak penubuhannya, perusahaan ini telah melintasi penjajahan Jepun, menyaksikan kemerdekaan Tanah Melayu langsung diperbaharui untuk terus maju lebih awal dari masa sasarannya. Memasuki era milenia, butik kami beralih daripada berstatus monobrand menjadi butik Rolex sepenuhnya pada tahun 2008.

Kedai Pengedar Rolex - Woo Hing Brothers

Masa lalu bertemu masa kini

Hari ini, Woo Hing Brothers memadukan keharmonian masa lalu dan masa kini dengan sempurna. Mempersatukan tradisi serta kemodenan terkini, butik kami di Lebuh Campbell merangkumi spirit inovatif Rolex. Di bawah kepimpinan generasi keempat legasi keluarga, kecenderungan syarikat kami untuk lapangan peruncitan mewah terus mekar, bersama reputasi perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan. Malah sudah diperkukuhkan sejak berabad lalu.

Premis Runcit Rolex - Woo Hing Brothers

Rolex dan Woo Hing Brothers hari ini

Sebagai Peruncit Rasmi Rolex pertama dan satu-satunya di Pulau Pinang, Woo Hing Brothers telah menetapkan standard terulung bagi perkhidmatan pelanggan berserta kecemerlangan penjagaan masa yang luar biasa. Ikatan perkongsian yang sudah lama ini telah memupuk penghayatan horologi yang mendalam di kalangan para pemuja dan pengumpul novis. Sebagai ahli rangkaian Peruncit Rasmi Rolex di seluruh dunia, Woo Hing Brothers juga berbangga menjual dan menyelenggara jam tangan Rolex, langsung menjamin keketulenan setiap sisi komponen Rolex anda.

Premis Runcit Rolex - Woo Hing Brothers

Teruskan Meneroka