Rolex sepanduk butik kami
Rolex sepanduk butik kami

WOO HING BROTHERS

BUTIK KAMI

Selami dunia Rolex di Woo Hing Brothers Pulau Pinang, di mana ketukangan pembuatan jam tangan yang indah berbalut tapak warisan dunia yang menawan di butik ikonik kami di Lebuh Campbell. Di Woo Hing Brothers, kami percaya tiada pengalaman yang lebih sempurna selain menghayati perinci, bergabung keselesaan serta merasai kembara Rolex dengan lebih dekat lagi.

Warisan pulau pinang

WARISAN PULAU PINANG

Terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO, lokasi kami melambangkan arus kemodenan masa kini bersentuh tradisi. Di sini, ruang pameran yang elegan lagi sofistikated merangkumi estetika Rolex lantas memancarkan nilai tahta Rolex. Disamping itu, penampilan luaran butik kami bersentuh gaya kolonial memberi penghormatan kepada akar umbi budaya dan warisan Tanah Melayu. Terletak di pusat kota di dalam pulau, butik kami memancarkan panorama natural Pulau Pinang dari kalibrasi rona dan corak dengan teliti sehingga perabot serta kelengkapan. Terokai paparan tembok akua rona zamrud yang bukan sahaja mewakili barisan ikonik Oyster laksana Rolex, bahkan merupakan jam tangan kalis air pertama di dunia. Ia juga merangkumi pukulan ombak yang mengelilingi Pulau Pinang. Rona hijau yang bertenaga disuntik di dalam ruang butik bagi menciptakan aksen segar lantas mengimbangi palet warna agar nyaman. Dindingnya menggabungkan tekstur dari kayu coklat walnut beralih kepada paparan batu rona kuning dan panel stuko bercorak buatan tangan yang menterjemahkan susuk rekaan bezel jam tangan Oyster.

Peruncit rasmi rolex

PERUNCIT RASMI ROLEX

Sebagai perusahaan milik keluarga, tidak ada yang lebih penting selain kepuasan pelanggan kami yang dihormati. Inilah sebab mengapa kami berbangga untuk dikenali sebagai Peruncit Rasmi Rolex bagi menjaminkan ketulenan setiap sisi komponen Rolex anda, disamping membantu anda untuk menemukan pilihan hati yang bakal didampingi sepanjang usia.

Pemilihan yang meluas

PEMILIHAN YANG MELUAS

Melangkah masuk ke dalam ruang butik kami seluas 78 meter persegi, pengunjung bakal menikmati pengalaman membeli-belah yang menggabungkan prestij, gaya, ketepatan serta prestasi menjadi satu. Untuk memperlihatkan keanggunan pelbagai pilihan model Rolex dalam ruangan paparan yang dilapisi dengan material kulit rona kuning air berbalas perincian kemasan warna gangsa, hiasan dalam butik kami mempertontonkan pengalaman Rolex yang tidak dapat dilupakan. Di sini, koleksi Oyster Perpetual Day-Date 40 kami ditampilkan meluas dari barisan klasik sehingga yang terkini. Begitu juga himpunan Oyster Perpetual Pearlmaster 39 yang mempesona dihiasi butiran intan berlian.

Pengalaman dan kepakaran

PENGALAMAN DAN KEPAKARAN

Di Woo Hing Brothers, kecenderungan semangat serta minat kami bersama penjagaan masa berlangkah seiringan dengan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa. Berbekal kepakaran teknikal selama 70 tahun, pengalaman dan berpengetahuan peruncitan, kami menjunjung standard kualiti berserta perkhidmatan di aras tertinggi. Hanya perlu berbicara dengan mana-mana pakar penasihat jualan kami yang berpengalaman dan mereka bakal menceritakan tentang lapangan horologi dengan lebih mendalam, lantas membawa anda menyelami jauh dasar dunia Rolex.

Kembara rolex penuh peribadi

KEMBARA ROLEX PENUH PERIBADI

Untuk meyakini pemuja jam tangan abad ke-21, koleksi model Rolex kami diolah secara virtual menerusi katalog dalam talian agar kembara membeli-belah bersama Woo Hing Brothers lancar. Kami menjemput anda untuk melayari laman web kami dari keselesaan rumah anda sendiri sebelum menghantar pesanan kepada kami dengan mod hubungan pilihan anda, dan wakil penasihat jualan kami yang berdedikasi bakal menghubungi anda secepat mungkin. Sebagai pilihan alternatif, kami berharap untuk menyambut kedatangan anda di butik kami berlokasi di Lebuh Campbell demi menemukan jam tangan Rolex sempurna yang sudah menjadi impian anda sekian lama.

Kembara rolex penuh peribadi

PERSONALISASI DAN LANCAR
PERJALANAN ROLEX

Untuk meyakini pemuja jam tangan abad ke-21, koleksi model Rolex kami diolah secara virtual menerusi katalog dalam talian agar kembara membeli-belah bersama Woo Hing Brothers lancar. Kami menjemput anda untuk melayari laman web kami dari keselesaan rumah anda sendiri sebelum menghantar pesanan kepada kami dengan mod hubungan pilihan anda, dan wakil penasihat jualan kami yang berdedikasi bakal menghubungi anda secepat mungkin. Sebagai pilihan alternatif, kami berharap untuk menyambut kedatangan anda di butik kami berlokasi di Lebuh Campbell demi menemukan jam tangan Rolex sempurna yang sudah menjadi impian anda sekian lama.

Teruskan Meneroka

Teruskan meneroka halaman pendaratan
ROLEX DI WOO HING BROTHERS
Teruskan meneroka koleksi rolex
KOLEKSI ROLEX
Keep-exploring-new-2023-watches
JAM TANGAN BAHARU 2022
Teruskan menerokai servis rolex anda
MENYENGGARA ROLEX ANDA
Teruslah menjelajahi pembuatan jam tangan.
PEMBUATAN JAM TANGAN ROLEX
Teruskan menerokai butik kami
BUTIK KAMI
Teruskan meneroka sejarah kita
SEJARAH KAMI
Teruskan meneroka hubungi kami
HUBUNGI KAMI