Rolex
GMT-Master II
Oyster, 40 mm, Oystersteel m126710blnr-0003

Harga:

RM41,050

* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

Hubungi kami +60 4 261 5287

Whatsapp icon

WhatsApp

Mencari peruncit

Rolex

GMT-Master II

Oyster, 40 mm, Oystersteel

m126710blnr-0003

Price:

RM41,050

* All prices are Rolex's suggested retail prices inclusive of V.A.T. Prices can be modified at any time without notice.

HUBUNGI KAMI

Whatsapp icon

RUJUKAN

126710BLNR

BUTIRAN

Paparan Chromalight yang tinggi dan sangat mudah dibaca dengan luminesens biru tahan lama

PENUTUP MODEL

Oyster, 40 mm, Oystersteel

SENI BINA OYSTER

Penutup tengah Monoblok, penutup belakang diskrukan ke bawah dan belitan putaran jam

BEZEL

Bezel dwiarah boleh gilir senggatan 24 jam. Dua warna biru dan sisipan Cerachrom hitam dalam seramik, dibentu angka-angka dan senggatan

KALIS AIR

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

MEKANISME

Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT

RANTAI

Oyster, penghubung keping tiga rata

MATERIAL GELANG

OYSTERSTEEL

RIZAB KUASA

Lebih kurang 70 jam

DIAL

Hitam

PERSIJILAN

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

DIAMETER

40 mm

BAHAN

OYSTERSTEEL

BELITAN PUTARAN JAM

Diskrukan ke bawah, sistem kalis air triplock triple

KRISTAL

Nilam tahan calar, kanta siklops sepanjang tarikh

KETEPATAN

-2/+2 saat/hari, selepas dibuka

PENGAYUN

Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi

BELITAN

Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual

KANCING

Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa

KALIBER

3285, Buatan Rolex

PELARIAN

Chronergy dengan kecekapan tenaga yang optimum

TATAHAN PERMATA

N/A

Tonton di pergelangan tangan
Featured Specification

BEZEL BERPUTAR 24-JAM

Sebagai tambahan pada jarum jam, minit dan saat konvensionalnya, GMT-Master II mempunyai satu jarum 24 jam berbentuk segetiga susuh di mana ianya berputar pada dail setiap 24 jam dan satu bezel berputar dwiarah dengan senggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan masa rujukan pada "Home" dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan "melompat" dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui belitan putaran jam. Jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon masa baru mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.

DAIL HITAM

Sepertimana jam tangan Rolex Profesional yang lain, GMT-Master II menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya kegelapan disebabkan paparan Chromalightnya. Jarum dan penanda jamnya yang lebar dalam bentuk yang mudah - segitiga, bulatan, segi empat tepat -diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.

Featured Specification
Featured Specification

OYSTERSTEEL

Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan kakisan maksimum adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauannya walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.

KETERSEDIAAN MODEL

KETERSEDIAAN MODEL

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Woo Hing Brothers bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

https://www.youtube.com/embed/hklL3MtuJGo?feature=oembed

CARA MENETAPKAN GMT-MASTER II ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada modelnya, ia sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini dicirikan oleh estetika mereka yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual GMT-Master II ialah jam tangan yang sesuai untuk merentasi dunia. Ketahui lebih lanjut mengenai ciri-cirinya dan cara untuk menetapkan masa dan dua zon waktu dengan menonton video.

https://www.youtube.com/embed/0r9NqEMdgUg?feature=oembed

Direka untuk menunjukkan masa dalam dua zon waktu secara serentak, GMT-Master yang dilancarkan pada tahun 1955 pada asalnya dibangunkan sebagai alat navigasi untuk golongan profesional yang mengembara ke seluruh dunia. Pewaris kepada model asal iaitu Oyster Perpetual GMT-Master II dikeluarkan pada 1982 dengan mekanisme baharu agar mudah digunakan. Gabungan fungsinya yang tidak ada taranya, ketahanan dan nilai estetika yang begitu menyerlah telah menarik perhatian ramai pengembara seantero dunia.

Rolex GMT-Master II

JAM TANGAN KOSMOPOLITAN

HUBUNGI KAMI

*Wajib